Wednesday, February 27, 2013

Belangkas


The Kesayangan. 
The Kerinduan. 

susah senang bersama. gelak ketawa, menangis tersedu, gonjeng bersama. semua bersama sama., BFF.

sentiasa utamakan aku walaupun mempunyai kekasih hati. 
sampai bf nya sendiri keluarkan statement "asyik kecik, kecik kecik. saya ni siapa"
hanya gurauan. kami bertiga memang rapat. 

aku boring di rumah sewa, mereka bawa keluar. walaupun mulut aku sesaje terpacul menyebut "bosan nak mampos" di rumah sewa.
bukan aku mengada, bukan aku meminta tapi aku dimanjakan. oleh dua insan yang istimewa buat aku. 

aku ada masalah, sedaya upaya diselesaikan seperti mana mereka selesaikan masalah sendiri. bertuah nya aku. 

sampai satu ketika, 
sugar glider aku dah nak mati. nak bawak pegi spital takde transport. echa terus call bf dia dalam waktu bekerja. 
dari pejabatnya di Ayer Keroh, memecut kereta ke Lendu. bermain nyawa. 
tapi sampai di rumah sewa, sugar glider aku mati. tak sempat. bf echa patah balik Ayer Keroh tanpa merungut. serba salah dalam diri. maaf diucap berulang kali. 
bukan aku mintak, tapi apa apa echa memang mintak pertolongan dengan bf dia. segan dalam diri sentiasa ada, 

pernah juga, echa nak lepak dengan aku. tapi aku di kolumpo. 
tiket bas habis. 
dengan hati kering, selamber dia duduk saje di tangga bas. 
dari Lendu ke Kolumpo. 
hanya kerana persahabatan, sanggup bersusah payah. aku tabik! 

siapa kata BFF tak pernah bergaduh? siapa kata?
SILAP. 
aku dan echa pernah bergaduh. pernah bermasam muka. 
tak sampai satu hari, berbaik lah kami.
kami tahu nilai persahabatan kami lagi tinggi daripada ego yang akan merugikan diri. 
mohon jauh sama sekali. Jauh kau setan.

banyak. terlampau banyak pengorbanan antara kami. 
terlalu banyak kebaikan. 
biarkan saje kebaikkan nya aku cerita. biar nampak aku tak berkorban. tiada aku kisah. 
hanya antara aku dan dia tahu betapa bernilai nya persahabatan kami. 

Terima Kasih Tuhan untuk Noraissah dan Muhd Asraf. 
mereka terlalu istimewa buat aku, jagakan mereka Ya Tuhan. 



Terima Kasih Tuhan untuk Noraissah dan Muhd Asraf. 
mereka terlalu istimewa buat aku, jagakan mereka Ya Tuhan. 


No comments:

Post a Comment