Friday, March 1, 2013

Happy Ending


Uitm Lendu, Alor Gajah, Melaka. 
also known as, Universiti Ulik Mayang. 

3 tahun sengah bertapa di Lendu. 
sebab apa ada sengah? orang lain 3 tahun saje?
sebab aku extend 1 sem, sebab apa lagi? sebab kau eksiden.

2 sem saje stay kat Kolej Tun Puteri. 
then stay rumah sewa, Taman Dimensi. 
depan kampus saje. menapak ke kelas. 
dia punya penat menapak ke kelas rasa macam nak tapak orang jugak lah. 

pahit. manis. suka. duka. baik. buruk. 
bercampur sebati selama aku kat sini. 

25 Feb 2013

aku dan Echa buat clearance sesama. 
akhirnya, habis jugak kitorang study sini. 
Alhamdulillah, tiada repeat paper dan Allah makbulkan doa kami. 
Terima Kasih Ya Tuhan. 

selama kat sini, takde pulak selok nak amek pic sana sini 
pegi kelas, balik kelas. 
pegi program dalam terpaksa, then balik tidur. 
bila buat clearance, kemain setiap tempat nak bergambar bag hang! 






atas bantuan bf Echa kitorang berjaya setel clearance. 
thanks bagi bantuan kereta dari Seremban, berpusing2 dalam uitm almost 2 hours, then ke Kolumpo semula. hiks. 

Pou



yang guna android, majority ada game ni dalam phone. 
 ada game ni serupa macam ada anak kecil. 
boleh jadi peneman lah kata orang.

PouGedebab, have fun baby! 

Wednesday, February 27, 2013

Belangkas


The Kesayangan. 
The Kerinduan. 

susah senang bersama. gelak ketawa, menangis tersedu, gonjeng bersama. semua bersama sama., BFF.

sentiasa utamakan aku walaupun mempunyai kekasih hati. 
sampai bf nya sendiri keluarkan statement "asyik kecik, kecik kecik. saya ni siapa"
hanya gurauan. kami bertiga memang rapat. 

aku boring di rumah sewa, mereka bawa keluar. walaupun mulut aku sesaje terpacul menyebut "bosan nak mampos" di rumah sewa.
bukan aku mengada, bukan aku meminta tapi aku dimanjakan. oleh dua insan yang istimewa buat aku. 

aku ada masalah, sedaya upaya diselesaikan seperti mana mereka selesaikan masalah sendiri. bertuah nya aku. 

sampai satu ketika, 
sugar glider aku dah nak mati. nak bawak pegi spital takde transport. echa terus call bf dia dalam waktu bekerja. 
dari pejabatnya di Ayer Keroh, memecut kereta ke Lendu. bermain nyawa. 
tapi sampai di rumah sewa, sugar glider aku mati. tak sempat. bf echa patah balik Ayer Keroh tanpa merungut. serba salah dalam diri. maaf diucap berulang kali. 
bukan aku mintak, tapi apa apa echa memang mintak pertolongan dengan bf dia. segan dalam diri sentiasa ada, 

pernah juga, echa nak lepak dengan aku. tapi aku di kolumpo. 
tiket bas habis. 
dengan hati kering, selamber dia duduk saje di tangga bas. 
dari Lendu ke Kolumpo. 
hanya kerana persahabatan, sanggup bersusah payah. aku tabik! 

siapa kata BFF tak pernah bergaduh? siapa kata?
SILAP. 
aku dan echa pernah bergaduh. pernah bermasam muka. 
tak sampai satu hari, berbaik lah kami.
kami tahu nilai persahabatan kami lagi tinggi daripada ego yang akan merugikan diri. 
mohon jauh sama sekali. Jauh kau setan.

banyak. terlampau banyak pengorbanan antara kami. 
terlalu banyak kebaikan. 
biarkan saje kebaikkan nya aku cerita. biar nampak aku tak berkorban. tiada aku kisah. 
hanya antara aku dan dia tahu betapa bernilai nya persahabatan kami. 

Terima Kasih Tuhan untuk Noraissah dan Muhd Asraf. 
mereka terlalu istimewa buat aku, jagakan mereka Ya Tuhan. 



Terima Kasih Tuhan untuk Noraissah dan Muhd Asraf. 
mereka terlalu istimewa buat aku, jagakan mereka Ya Tuhan.