Thursday, January 3, 2013

Pre-matrimony Course



maksudnya kursus kahwin je senarnya. acah acah omputeh sikit. gua ni lidah jawa. gua okay je.
saje nak bagitahu gua dah pergi kursus kahwin. syiok whoaaa! tak boring pun dalam kelas sebab gua dapat ustak n ustajah n pakar motivasi yang berumur tapi kelakar dia macam orang muda. up to date gittew. 

bunyik macam gatal gelenya dah pegi kursus kahwin kan. korang silap senarnya.
sebab kurus kahwin ni meliputi banyak perkara, contohnya dia akan terangkan tentang pengurusan masa, pengurusan wang (budget sebelum, semasa dan selepas perkahwinan), penjagaan kesihatan, pergaulan, cara atasi konflik, beza lelaki dan perempuan yg kita duk tak puas hati tu je, apa yang kita perlu sediakan sebelum dan selepas perkahwin, dannnnn sangattt banyakkk lagiiiii. 

benda ni senarnya bagus jugak pegi awal awal sebab engko boleh bersedia awal. banyak benda kene prepare. kahwin bukan benda suka suka macam kita main kawin kawin masa kecik kecik dulu. 
lepas pegi kusus ni, benda paling aku sedar kena kumpul duit dari sekarang. duit banyak nak guna woii! kesihatan kena jaga maksudnya kena work out daripada sekarang.dannnn woiiii bayar lah lapanploh hengget kalau nak gua bagitahu semua. ekekeke. gua acah acah garang je. nak bgtahu yg harga kursus kahwen semua tempat diselaraskan harga nya RM80. ada jugak yg naikkan RM100. itu riba okay. riba. 

satu lagi, takde istilah nak pegi kursus kahwin MESTI dengan pasangan engko. jangan nak memandai. masa aku pergi tu, ramai je datang dengan kengkawan n ada yang student umur muda lagi. dan TAK SEMESTINYA yang pegi kursus kahwin tu orang yg betul betul nak kahwin je. lagi sekali, jangan nak memandai. 

penganjur kursus kahwin pun ada pesan, cepat cepat buat kursus kahwin selagi murah dan mudah. 
sebab ada gembar gembur menyatakan bahawa kursus kahwin daripada 2 hari akan jadi seminggu.
aku syaknbenda ni aku dengar daripada 2 tahun lepas dah. tapi tak tahu lah kalau tahun ni betul2 dilaksanakan.

makanya cepat2 lah amek kursus ni, tak rugi pun. engko pasang ni nak menuntut ilmu pun dah okay dah okay. sijil kursus kahwin ni pun tak expired. sangat tak rugi hokek. 

meh sini sikit aku bagi info kat mane aku gigih amek kursus ni:

sila klik di bawah,


sila hubungi: 019-223 5067 (en. azmal) 
*mesej je pun takpe. booked tarikhh dulu*

tak pun klik link bawah ni:




No comments:

Post a Comment